Wednesday, May 23, 2012

Insyallah dan Usaha



Assalam semua kpd sesapa je yg sudi membaca,, mlm ni man cuba memberi gambaran satu ag pandangan man sal perkataan InsyAllah,, cm biasa yg kita dengar ,, ramai antara kita yg biasa menggunakannya ,, contohnya apabila kta diberi tugasan / diminta tuk menyiapkan tugasan ,, kita biasanya akan menyatakan insyallah akan disiapkan,, tp adakah kita tahu dan sedar akan syarat dan juga maksud perkataan tersebut,, actually ramai juga yg tahu akan maksud Insyallah tersebut,,InsyAllah bermaksud dgn izin Allah,, tp sedarkah kita akan berapa ramai yg tahu akan syarat2 penggunaannya .,, mungkin ramai yg ambil mudah perkara ini,, tetapi sedar ataupon tidak,, kita telah melakukan hal tersebut,, perkataan InsyAllah pada masa kini telah disalah erti dan juga disalahguna oleh segelintir pihak untuk meng ia kan apa yg diminta oleh satu pihak lain,,ianya diambil mudah demi melepaskan diri dari terus ditekan oleh pihak lain,,..




Ramai yg ambil mudah,, mungkin antara mereka tersebut perkataan InsAllah hanyalah satu perkataan yg biasa,, dan kebanyakan mereka menganggap perkataan tersebut sebagai

tengok ah dulu.. ""aku 50-50 la"
yela-yela (slalunya digunakan untuk melepaskan diri)
"bergantung kat tuhan samada ade die nak aku pikir ye atau tidak..."
"tengok ah camner kalau sempat"
"aku malas laa smenanye"
"papejela"
" tak janji laa aku "
" tgk ah kalau aku rajin"


penyalah gunaan istilah ini telah menjadi begitu ketara sehinggakan jika istilah "insyaallah" itu digunakan ia masih lagi sesuatu pernyataan yang samar-samar dan tidak muktamad. dapat difahami disini penggunaan istilah ini slalunya digunakan utk melepaskan diri, untuk bagi orang yang mahu kita berjanji itu tidak sakit hati atau merajuk semasa menuntut janji kita. dan inilah persepsi msyarakat kebanyakan ttg perkataan tersebut




Mungkin ramai yg tidak sedar tuntutan sebenar sekiranya kita menggunakan perkataan InsyAllah,, antara ,, Kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan-tuntutan.. contohnya sekiranya diminta untuk menyiapkan tugasan,, so kita hendaklah berusaha 100% untuk menyiapkan tugasan tersebut dan bukannya hanya menyiapkan dengan ambil mudah begitu sahaja.. tiada alasan untuk terus kita gunakan perkataan tersebut sekiranya kita tidak mampu bekerja secara serius untuk menyiapkan tugasan tersebut,,




dan juga bg man,, mungkin disebabkan persepsi masyarakat inilah yg menyebabkan mereka terus leka dalam melakukan sesuatu secara serius,, mereka terus mengambil mudah bila menyiapkan sesuatu,,




dan juga ,, bg man terdapat satu lagi perkataan lain yg boleh digunakan selain perkataan Insyallah,''boleh'', jika sekiranya kita diberi tugasan,, klu man,,cuba elakkan dari menggunakan perkataan InsyAllah lebih baik kerna kita juga boleh terus mengatakan yg kita boleh menyiapkan tugasan itu,,,, dari segi psikologinya,, ia lebih merangsang diri untuk terus berusaha dgn gigih untuk melakukan sesuatu hal tersebut,,, ianya seolah olah terus mengikat diri kita untuk terus berusaha menyiapkan tugasan yg diberi ataupon apa apa sahaja yg ingin dilakukan,



tak guna klu kita terus mengatakan insyallah untuk berjaya tanpa kita berusaha terlebih dahulu,, sepatutnya setiap perkataan InsAllah yg disebut hendaklah diiringi dgn usaha yg bersungguh sungguh,,


mmg benar sesetangah manusia ditakdirkan untuk berjaya dgn mudah,, itulah yg dinamakan rezeki bg mereka,, tetapi walaubagaimanapon ,, usaha untuk mendapatkn sesuatu kejayaan itu tetap wujud n gak hendaklah juga diusahakan


Walau apepon yg berlaku,, kita hendaklah yakin bahawa setiap apa yg kita lakukan dan juga apa yg kita dapat,, hanyalah dgn izin Allah,, tetapi kita juga hendaklah sentiasa berusaha,, dan bukannya dgn hanya menyebut dgn izin Allah,,,, 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)


that the prove y nape kita harus berusaha dgn sebetulnya,, bukannya mengambil mudah dalam berusaha untuk mendapatkan sesuatu,, 



kk,, tu je yg man ase nak kongsi tuk saat ni,,,hehe,, apep pon thank kpd sesapa yg membaca,, n man mengalu alukan gak sebarang pandangan sekiranya tidak bersetuju dgn apa yg man perkatakan,, ,, perbezaan pendapat ada baiknya kerna ia dapat membuka lebih luas sebarang pemikiran yg terbuka

.. sekian terima kasih,,




No comments:

Post a Comment