Wednesday, December 25, 2013

Usaha yg dilihat dan dinilai



Sehingga kini, ramai yg berusaha, tetapi ramai juga yg mempertikaikan, mereka telah berusaha tetapi mereka tetap tidak berjaya sepertimana org lain, hakikatnya, kkadang, org yg berjaya itu hanya diberi kejayaan untuk Allah menguji mereka, bukannya mereka sebenar2 berjaya,dan kkadang Allah tidak memberi kejayaan kepada seseorang itu kerana Allah inginkan lebih perhatian dari hambaNya itu, tetapi kita manusia kkadang terlalu mengharapkan sesuatu dengan berdoa sepanjang malam, tapi sayangnya tiada usaha dari mereka, Iyea mmg Allah mahukan doa dari hambaNya itu, tetapi Allah juga mahukan seseorang itu berusaha, Allah juga ada berfirman bahawa , nasib sesebuah kaum itu tidak akan berubah melainkan mereka sndiri yg berusaha untuk mengubahnya, Ini bermakna sebagai seorang hamba, Allah inginkan hambanya itu berusaha disamping berdoa kpdnya, dengan kata lain, usaha dan doa tidak boleh diasingkan.

dan sepertimana situasi sekarang ramai rakan2 yg akan menghadapi peperiksaan, jangan putus asa, jangan mudah kecewa, jangan lupa akan tali agamaNya, sememangnya Islam menuntut akan sesebuah kejayaan, dan kerana kejayaan itulah Islam akan memperlihatkan kehebatannya..Jika kita berniat kejayaan yg ingin dicapai itu untuk diri kita sahaja, cepat lah mengubahnya kepada dengan kejayaan yg kita capai, kita juga akan terus berusaha untuk membawa kejayaan kepada Islam.

Dalam masa yg sama, jika kita berasakan apa yg kita usaha itu telah membebankan kita, tetapi sedarlah, itulah jalan kejayaan yg perlu kita lalui, hakikatnya, sesebuah kejayaan itu dicapai bukan dengan sebegitu mudah, sebaliknya banyak pengorbanan yg perlu dilakukan untuk memperolehnya,, dan penuhilah masa lapang ataupon rehat semasa berusaha itu dengan zikir kpdNya, Dan Insyallah dengan itu, bebanan yg dibawa akan berasa ringan dengan izinNya..

dan, sedarlah, jika hari ini kita berusaha akan sesuatu, sememangnya kita akan berasa penat, tetapi Insyallah  apa yg diusahakan itu akan mencapai matlamatnya, bila kegagalan menjelma setelah berusaha,jangan sekadar mengungkit apa yg telah dilakukan, tetapi refleksi diri, cukupkah usaha yg dilakukan untuk mencapai segala matlamat tersebut,

dan sesetengah orang juga cepat panik apabila dirisaukan masa yg tidak mencukupi untuk mereka berusaha.. jika direnungkan balik.. kkdg.. mereka bukannya tiada masa, tetapi terlalu sibuk akan pemikiran yg masa tidak mencukupi.. dan sesetengah pul;a cepat berusaha apabila berdepan dengan keadaan sebegitu.. wahai rakan sekalian,, jika keesokan kiamat,, jika ada benih ditangan,, Nabi suruh kita tanam benih tu.. tiada istilah tiada usaha selagimana nyawa masih di dada.. tiada istilah kesuntukan masa, jika masih ada peluang untuk kita berusaha.. dan, jika hari ini kita masih bernyawa, semestinya masa tetap ada untuk kita, ruang tetap ada untuk kita, cuma hanya kita sahaja yg meguruskannya,..

diumpamakan kita dicampak dilautan,, dan semestinya kita akan berusaha kedaratan selagi mana kita mampu..selagimana kita bernafas. selagi itu kita akan berenang tanpa erti putus asa,, dan kesannya jika kita dari awal lagi mengalah.. sudah pasti kita akan terus tenggelam disana..

Duhai sahabat

"Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua  yg akan menghadapi peperiksaan, kurniakan kita ketenangan dalam menjawab soalan2 tersebut, dan jauhkan kita semua dari segala segala2 perancangan jahat syaitan, berikan kita kekuatan untuk berusaha, jauhkan kita dari sifat2 malas, dan kurniakanlah kita kejayaan yg diimpikan dan berikanlah kita keadaan yg baik semasa musim peperiksaan ini, dan rahmatilah kehidupan kita semua, semoga kita mampu menjadi pejuang di jalanMu kelak, Amin,,"