Monday, September 27, 2010

Sahabat selamanya

Memang tak dinafikan sahabat ada yang baik dan ada juga memberi keburukan kepada diri kita.. Tetapi itu semua bergantung kepada cara kita dalam memilih sahabat. Bagi sesetengah orang, sahabat hanyalah teman biasa sekadar untuk bersuka ria. Namun, jika difikirkan sedalam dalamnya, sahabat ialah seorang yang betul betul menyanyangi diri kita seperti mana dia sayangkan diri mereka sendiri. mereka akan menegur kita jika kita melakukan kesilapan, menemani kita semasa kesedihan.membimbing kita ke jalan yang betul.  Tetapi malangnya sekarang ini, untuk mencari seseorang yang boleh dipanggilkan sahabat itu amatlah susah  kerana kebanyakan yang ada masa kini hanyalah untuk mengambil kesempatan terhadap sahabatnya yang lain, semasa senang semua datang , tetapi semasa kesusahan tinggallah keseorangan. Kesimpulannya, pilihlah sahabat yang betul boleh dipanggil sahabat dan hargailah mereka

No comments:

Post a Comment